| V-Star Projektor Poket / Tapak Tangan LCD |
|
|
|
| Wednesday, 02 June 2010 00:02 |
|
PALING TERBARU DI PASARAN: PROJEKTOR MIKRO V3-STAR (Versi 3 Model 2012)
Amat terhad sekali, dibawa khas oleh 1Kedai Dotcom. Pada harga jauh lebih rendah dari V-Star yang asal, tapi masih mengekalkan spesifikasi tinggi seperti si abang. Rekabentuk ranggi dan termaju menawarkan lebih teknologi 'Liquid Crystal on Silicone' yang padat serta lebih mesra pengguna. Memainkan lebih banyak pilihan format fail seperti Youtube FLV, MPEG4, AVI, RM, RMVB, WMV,3GP, MP4, JPEG, BMP, GIF malahan E-Book TXT. Menyokong format bunyi dari MP3 dan WMA untuk halwa telinga yang dihidangkan dari phone telinga atau speaker suara bina dalam. Anda juga diberi pilihan untuk mengendalikan persembahan samada dari slot Kad SD mikro, Flash memory bina dalam 1GB, USB port untuk iPad, PSP, iPhone, iPod atau melalui hubungan VGA port langsung ke Laptop anda. Menarik bukan ?.. Susuk badan yang lebih tipis berbanding V-Star dengan dwi kawalan samada sentuhan lembut butang LED atau dari unit kawalan jauh.
Menonton filem terbaru sambil berbaring bersama-sama keluarga dengan memancarkan tayangan ke siling rumah dapat dilakukan tanpa masalah. Begitu juga ketika melakukan persembahan projek untuk mesyuarat bersama pelanggan, umpama seorang 'Cowboy' mengeluarkan pistol dari tali pinggang dan terus menembak ! Hebat dan profesional. Nisbah kontrast 100 : 1, dengan jarak lontaran imej hanya diantara 210mm hingga 2000 menawarkan ciri-ciri hebat persembahan disebalik saiz yang hanya sebesar handphone iaitu 125mm X 60mm X 22mm tebal. Bekalan tenaga pula datangnya dari bateri Li-ion boleh cas semula atau dari palam penyesuai soket dinding. Ternyata projektor V3 Star 2012 menawarkan ciri yang lebih fleksibel dan mesra pengguna. Bukan itu sahaja, bunyi kipas penyejuk lensa yang jauh lebih senyap serta selesa dipegang. Luas tayangan skrin yang jauh lebih bidang dari model terdahulu iaitu dari sekecil 6 inci hingga 100 inci secara diagonal. Sebaliknya kami hanya menawarkan harga percubaan serendah hanya RM970 (sehingga diberitahu kelak).
Spesifikasi Pengeluar:
PROJEKTOR TAPAK TANGAN V2-STAR (versi 2) Inovasi teknologi visual kini mempunyai nama baru. V2-Star versi terbaru iaitu projektor poket dengan kemudahan slot kad SD Mikro dan memori bina dalam 2 gigabyte. Didatangkan khas ekoran dari sambutan luar biasa versi terdahulu 2010 iaitu projektor V-Star. Ia bukan saja sekadar sebuah penayang visual, malah berfungsi sebagai pemain media MP3 / MP4 kelas pertama yang muat di saku anda. Hebat bukan ?
Projektor V2-Star revolusi baru ini hanya bersaiz tidak lebih dari telefon mudah alih biasa anda, tetapi berfungsi penuh seperti sistem hiburan rumah anda. Ianya dimuatkan dengan 2GB memori bina dalam dan berupaya menampung kad TF / kad SD mikro sehingga 8GB sebagai tambahan luaran untuk keperluan persembahan atau hiburan anda.
Tidak cukup dengan itu, V2-Star mampu memainkan kebanyakan fail popular multimedia yang terkini seperti MP4, 3GP, DAT, FLV, RM, MOV, MP3, WMA, AAC, FLAC, OGG, WAV dan banyak lagi...
V2-Star mempunyai ciri tambahan unik iaitu skrin (jenis E87) LCD 3 inci untuk membolehkan pilihan tayangan terus dari gajet atau tayangan serentak pada skrin dinding sehingga 60 inci lebar. Melalui fungsi soket AV-IN pula, anda diberi peluang untuk menghubungkan V2-Star dengan sumber video lain seperti sistem permainan elektronik atau pemain DVD untuk tayangan hiburan berskrin besar. Menariknya, anda diberi pilihan samada V2-Star anda dikuasai dari bateri yang boleh dicas semula atau dari adaptor bekalan tetap rumah anda untuk hiburan yang berpanjangan. Mudah-alih, berkuasa dan harga yang mampu milik adalah resepi hebat gajet V2-Star yang dibawakan khas oleh 1Kedai Dotcom.
Sekilas Pandang...
Spesifikasi Pengeluar
Bahasa Menu: Tradisional dan Cina Mudah, English, German, Italian, Portuguese, Dutch, French, Spanish, Polish, Russian, Turkish, Czech, Danish, Japanese, Swedish, Korean, Greek, Thai
Nota Produk: Kawalan suara (volume) boleh dicapai dari sistem menu. Pakej kandungan untuk setiap V2-Star:
Memperkenalkan satu daripada projektor poket PALING KECIL dalam pasaran tempatan, V-Star. Gajet persembahan projektor V-Star ini menggunakan teknologi paparan LCoS (Liquid Crystal on Slilicone) terbaru memberi anda satu malah lebih cerah, lebih selesa , dan lebih banyak imej berwarna-warni dari biasa sebelum ini. Dibina dengan Piawaian Tertinggi
V-Star: Gajet Persembahan yang Kecil, Padat dan Mudah alih
Kesimpulan Akhir Ianya adalah projektor penayang LCD yang menawarkan harga paling kompetitif dipasaran Malaysia iaitu hampir 2 X ganda lebih murah dari saingan terdekat yang ada dipasaran. Mempunyai ciri-ciri profesional terkini seperti resolusi SVGA 800 X 600, nisbah kontrast 1000:1, cip LCoS (Liquid Crystal on Sllicone) pengcahayaan optima setinggi 30 lumen dengan puncak antara 40-45 lumen, pilihan mainan pelbagai jenis fail. Kesemua ciri-ciri berteknologi terkini ini ditawarkan pada harga cukup murah. Sekilas Pandang dan Spesifikasi
Nota Produk
[ PERHATIAN: PRODUK INI TELAH KEHABISAN STOK KERANA SAMBUTAN YANG LUAR BIASA. BEKALAN AKAN PULIH SEMULA HINGGA SELEPAS TAHUN BARU CINA 2011 ]
THE TITANIUM
Projektor Mini Mudah-Alih Berapa kecil saiz sebenarnya ? Dengan ukuran 5.5 cm X 6 cm X 3.5 cm (tebal) membuktikan bahawa anda tidak bermimpi. Secara jujurnya, ianya mungkin projektor LCD terkecil yang pernah anda temui di dunia setakat ini. Kami berani mengatakan bahawa ianya adalah projektor yang PALING MURAH dipasaran Malaysia kerana kami mengimport terus The Titanium dari negara China. Projektor paling murah dan berjenama paling hampir di Malaysia berharga hampir 2 X ganda berbanding The Titanium. Prestasi: Jangan menjadikan saiznya yang kecil menghadkan keupayaan sebenarnya. Dengan bentuk yang padat memberikan persembahan visual menjadi lebih hidup ! Hanya hubungkan The Titanum ke konsol permainan, pemain MP6, laptop, video phone, pemain MP4 atau pemain DVD mudah alih anda dan tontoni hiburan atau permainan kegemaran anda pada bila-bila masa pada layar besar. The Titanium menyediakan paparan persembahan sebesar 60 inci dimana saja setiap ketika.
Ketahanan: Walaupun ianya dibina dengan bentuk yang nampak ringkas, The Titanium amat ringan serta padat kerana ianya dibina menggunakan logam aluminium yang agak tebal untuk ketahanan. Sistem aliran pengudaraan yang direkabentuk khusus memastikan kepanasan dapat di suraikan dengan efisien dan optimum. The Titanium ialah pakej kecil berteknologi masa depan yang bakal meledak sedikit masa nanti. The Titanium ialah projektor mini dibawa khas ke pasaran Malaysia secara borong oleh - 1Kedai Dotcom Sekilas Pandang..
Spesifikasi Pengeluar Fungsi Utama: Projektor Ultra-mini Mudah alih.
Power Adapter: 100V to 240V Perfect accessory to use with game consoles, MP4 players, MP6 players, portable DVD players, video playback phones, netbooks, laptops, notebooks, PC, etc.
Kandungan Setiap Pakej Titanium :
FAQ - Frequently Asked Questions I'm not good with measurements, can you compare The Atom's size to something I'm familiar with? Harga tawaran di 1Kedai Dotcom : RM685.00 Sahaja (Termasuk kurier Poslaju dengan nombor tracking) KLIK SINI BAGI DAPATKAN KATALOG & HARGA KESEMUA GAJET SPY TERBARU 1KEDAI.COM |
| Last Updated on Friday, 10 May 2013 14:00 |